| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, September 26, 2011

Di Bulan Zulkaedah .

Photobucket
Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram . Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan . Bulan haram adalah bulan persaudaraan , perdamaian dan kemaafan . Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Eratkan silaturrahim , yang bermusuh , damaikanlah , yang berdendam , berlapanglah dan yang renggang , rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.


Zu ertinya " yang empunya ". Qa'adah ertinya " duduk ". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat . Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang . Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram [ bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang ].

Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".
Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah . Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.

Daripada Abu Bakrah(1), sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
" Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini , darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban."

Diantara Peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Zulkaedah ialah  :

1. Peperangan Bani Quraizah
Peperangan ini berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan Nabi agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah.

Bani Quraizah ialah satu puak Yahudi yang telah terlibat bergabung dengan tentera Ahzab, mengepung umat Islam semasa perang Ahzab. Rasulullah SAW yang masih belum sempat melucutkan pakaian perangnya telah mengerah tentera Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah sehinggalah mereka menyerah kalah.

2. Perjanjian Hudaibiyah
Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlaku Perjanjian Hudaibiyah tersebut, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Makkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah.

Hasil pengumuman tersebut yang diberitahu itu telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh sekitar 1,400 orang sahabat dari kaum Muhajirin dan Ansar pada masa itu. Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah tersebut ditengah perjalanan dan membawa bersama-sama binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan [ al-hadyu ] supaya ianya menjadi petunjuk atau sebagai memberitahu kepada orang-orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar sedemikian bukan untuk bermaksud untuk berperang tetapi ianya semata-mata untuk menziarah ke Baitulullah iaitu Ka'abah, bagi menunaikan ibadah Umrah tersebut.

Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang dari memasuki Makkah. Berlaku beberapa perundingan dan ia membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan " Perjanjian Hudaibiyah ". Dalam perjanjian itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

3. Bai'atur Ridwan
Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masaalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Usman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy.

Dalam pada itu sampailah berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Usman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh orang-orang Quraisy. Maka Nabi Muhammad SAW dengan lantangnya menyatakan tekadnya : " Kami tidak akan tinggal diam, hingga kami berhasil menumpas kaum Quraisy ".

Kemudian Rasulullah SAW mengajak berbai'at. Maka terjadilah Bai'atur Ridhwan di bawah sebatang pohon di tempat tersebut. Bai'at yang dimaksudkan ialah satu perjanjian yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy.

Para sahabat berbai'at kepada Nabi Muhammad SAW untuk tidak takut dan lari meninggalkan medan perang sebagai tanda membalas dendam di atas kematian yang menimpa sahabat baginda Rasulullah SAW. Sementara itu Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berkata : " Pembai'atan ini untuk Usman bin Affan ".

Setelah pembai'atan tersebut, yang mana telah didengari oleh pihak orang-orang Quraisy, barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa khabar terbunuhnya Usman bin Affan itu tidak benar.

Allah telah memuji orang-orang mukmin dan menurunkan ayat tentang mereka:
Sesungguhnya Allah Telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat [ waktunya ] ”. [ Al-Fath: 18 ]


4. Berlakunya Haji Wida'
Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah , Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' ( Haji Penghabisan ), baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin.

Haji tersebut adalah haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.

5. Peperangan al-Firadh
Ia berlaku pada Zulkaedah tahun 12H. Pada peperangan ini berlaku pakatan jahat antara musyrikin Arab, Rom Kristian dan Parsi Majusi menentang tentera muslimin. Tentera muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid telah menang ke atas pakatan jahat ini. Firadh ialah suatu tempat di sempadan Sham, Iraq dan Jazirah di sebelah tenggara. Jumlah tentera pakatan Rom, Parsi dan Arab yang telah terkorban pada masa itu ialah seramai 100,000 orang dengan kesepakatan ahli sejarah. Menurut Yaqut al-Hamwi di dalam Mu’jam Buldan: Pasukan Rom, Arab dan Parsi telah bergabung dalam satu pakatan. Lalu berlaku satu pertempuran besar dan dahsyat di sana. Tentera musuh yang terbunuh seramai 100,000 orang!!


6. Pembukaan Bisan
Kota Bisan terletak di bahagian utara Palestin iaitu di sebelah tenggara. Pada Zulkaedah tahun 13H bersamaan 634M kota Bisan Berjaya dibuka oleh tentera muslimin yang dipimpin oleh panglima Syarhabil binHasanah dan Amru bin al-‘As

7. Kematian Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyah
Nama lengkap Ibnu Taimiyah ialah Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali. Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 10 Rabiulawal 66l Hijrah bersamaan 22 Januari 1263 Masihi di Harran. Beliau adalah seorang yang amat berjasa dalam melaksanakan dasar " pembersihan " dalam Islam.

Apabila umat Islam sudah mula menyimpang dan mencampur adukkan unsur-unsur bid'ah dan khurafat dalam ajaran Islam pada zamannya maka beliau tampil berusaha mengembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Beliau juga meninggalkan ratusan buah kitab karangannya yang menjadi rujukan sehingga sekarang. Karangan terbesarnya ialah Fatawa Ibnu Taimiyyah yang menjadi rujukan ahli fiqh dan hukum sehingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia hari Isnin, 20 Zulkaedah 728 Hijrah. [ 28 September 1328 Masihi ] , dalam usia 67 tahun, setelah sakit dalam penjara lebih dari 20 hari.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas tikar solatnya, sedang dalam keadaan membaca Al-Quran. Walaupun beliau juga seorang yang banyak dibenci orang kerana pendirian tegasnya, tetapi jenazah beliau diiringkan ke pusara oleh 200,000 orang lelaki dan 15,000 orang wanita.

Sumber maya :
http://mufti.islam.gov.my/terengganu
http://www.al-azim.com
http://www.ikhwanonline.com

5 comments:

KANDIS said...

dasat betul ilmu ngko nih ringgo...

eh ngko ni ustat ke?

aku nak tanya la.....

aku ada letak satu clip video surah al kahf ayat 1-10 dlm blog aku...

tu favourite aku tuh...

bole tak ko tolong aku sikit...

aku nak tau sapa qori dia laa..

ni blog aku..

http://gerai3abdul.blogspot.com/2011/09/khas-untuk-penyokong-umno.html

KANDIS said...

Ooi ringgo ngko tak jawab pun soalan aku....

sstakat dtg blog aku je....

aku nak tau sapa qari tuu...?

kalo tak tau nama qari tu pun tak pa lah....

tapi bg la komen sikit pasal tajwid dia ke, taranum dia ke atau apa2 saja yg perlu aku tau ttg ayat tu...?

tolong ahhh ringgo...

MaMa AiNi said...

assalam ringgo..sori ya..mama sibuk je minggu2 kebelakangan ni..he2x..mama dtg baca tapi tak komen..thanks ya ringgo share info2 ini !!..banyak peristiwa yg berlaku dlm bulan zulkaedah ni..

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum sahabat.
Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas artikel yg amat bermanfaat ini.Izinkan saya copy & paste entry ni kt note FB saya utk melebarluaskan seruan dakwah.

Ringgo said...

minta maaf banyak2 bro KANDIS sbb lambat & lembab menjawap pertanyaan neh ..
1. mana ada dasatnya , aku pon kena membaca jugak ..
2. bukan ustat cuma baru nak start ja mendidik diri sendiri..
3. Alhamdulillah surah Al-Kahfi ni , banyak fhadilatnya ..
4. Qori ni belum dapat aku jejak lagi .. InsyaAllah kita cari sesama

tq Mama A

Silakan Bro shameel segala maklumat dan isi yang ada disebarkan untuk kebaikan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...