| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Thursday, September 15, 2011

Khulafa Al-Rasyidin .

Photobucket
Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun ( jamak kepada Khalifatur Rasyid ) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad SAW.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:


  • Saiyyidina Abu Bakar, 632-634 M
  • Saiyyidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
  • Saiyyidina Uthman Affan, 644-656 M
  • Saiyyidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Semasa Rasulullah SAW sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saiyyidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saiyyidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saiyyidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saiyyidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saiyyidina Ali antaranya ialah golongan Syiah. Tentangan itu tamat selepas Saiyyidina Ali Abi Talib membaiahkan Saiyyidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saiyyidina Abu Bakar ialah :
  • melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, 
  • pengumpulan Al Quran, 
  • dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.
Beliau wafat pada tahun 634.
[ baca lagi tentang Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq ]


Khalifah Umar al-Khatab
Semasa pemerintahan singkat Saiyyidina Abu Bakar, Saiyyidina Umar merupakan penasihat Saiyyidina Abu Bakar. Saiyyidina Abu Bakar mencalonkan Saiyyidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saiyyidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Semasa pemerintah Saiyyidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat , menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi ( berjaya menamatkan Empayar Parsi ), dan menawan Mesir, Palestin , Syria , Afrika Utara , dan Armenia daripada Byzantine ( Rom Timur ). Pada tahun 638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.

Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti :
  • menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, 
  • memberi upah kepada tentera 
  • membuat jadual giliran bertugas 
  • mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat
  • menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanaman 
  • melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan
  • Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saiyyidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah.
[ baca lagi tentang Saiyyidina Umar Al Khattab ]

Khalifah Uthman Affan
Saiyyidina Uthman menjadi khalifah selepas Saiyyidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah : 
  • menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah 
  • membuat dasar terbuka dalam hubungan politik & urusan dagangan
Semasa pemerintahannya , keseluruhan Iran , sebahagian daripada Afrika Utara dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.

Saiyyidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.
[ baca lagi tentang Saiyyidina Uthman Bin Affan ]


Khalifah Ali bin Abu Talib
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saiyyidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saiyyidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saiyyidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam iaitu Perang Jamal ( Perang Unta ) antara tentera pimpinan Saiyyidina Ali dengan pengikut Aishah binti Abu Bakar, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah yang mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.

Saiyyidina Ali wafat pada tahun 661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh.

2 comments:

Unknown said...

alangkah aman dunia ini klu khalifah2 ini masih menjadi pelindung umat Islam

ZORA said...

nice entri..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...