| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Thursday, June 23, 2011

Pokok Beracun yang bahaya ..

Photobucket

Pokok bunga yang nampak cantik dan mudah untuk dijaga tetapi amat bahaya kepada kita terutamanya kanak2 .. kepada kaum pompuan yang suka menanam bunga kena ambil tahu dan berhati-hati dengan spesis bunga yang beracun ni ..




Birah ( dieffenbachia sp.)
Ia bertoksik dan boleh memudarat jika kita terkena getahnya. Ramai org yg tak tahu tentang bahaya ini. Pokok ini amat bahaya terutama bagi kanak2, toksin/getah daripada pokok ini mampu utk membuatkan kanak2 menjadi lambat utk bertutur/bercakap. Jika kita menyentuh/terkena getah pokok ini, pastikn tangan anda dibasuh.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Birah
Photobucket

Kesan apabila mengigit daun pokok beracun ini :
Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.


Oleander

Photobucket

Photobucket

Tanaman Oleander atau Nerium Oleander dianggap sebagai tanaman paling beracun di dunia. Karena seluruh bahagian pokoknya mengandungi racun dan terdiri dari beberapa jenis racun. Tapi racun yang paling berbahaya adalah oleandrin dan neriine yang boleh berkesan kuat pada jantung.

Meski demikian tanaman ini sering digunakan sebagai pokok hiasan taman dan berasal dari daerah mediteranian dengan tinggi mencapai 1,8-5,4 meter.

Jka menelan daun yang mengandung racun ini akan menimbulkan gejala cirit birit, muntah, sakit perut kuat, mengantuk, pening, denyut jantung tidak teratur serta kematian. Jika mangsa sempat ditolong sebelum 24 jam, maka peluang untuk selamatnya tinggi. Biasanya mangsa akan dipaksa untuk muntah dengan menekan perutnya atau menelan arang aktif untuk menyerap racun.


Castor Bean (Jarak)

Pokok Jarak

Tanaman castor bean atau dikenal dengan Ricinus communis secara luas dibudidayakan untuk castor oil dan juga sebagai tanaman hiasan. Pada kenyataannya tanaman ini mengandung racun mematikan yang disebut dengan ricin. Dulunya tanaman ini banyak ditemukan di Afrika, tapi sekarang boleh dijumpai di seluruh dunia. Tanaman ini tumbuh dengan baik di daerah tandus dan tidak memerlukan perawatan khusus.

Pokok Jarak


Sebagian besar ricin terkumpul di lapisan benih, kerana tertelan 3 biji benih tanaman ini sudah boleh mematikan seorang anak. Gejala keracunan benih ini adalah mual, kram perut, muntah, pendarahan dalaman, kegagalan pengaliran darah dan ginjal. Selain itu debu yang menempel di benih ini juga boleh menimbulkan reaksi alergik seperti batuk, ngeri otot dan kesulitan bernafas.


Puding benggala
Photobucket

Puding Benggala atau nama sainsnya Euphorbia Pulcherima dikenali juga sebagai pohon merah mempunyai bahagian hujung yang mempunyai daun-daun yang berwarna merah manakala daun lain berwarna hijau. Pokok ini ditanam sebagai hiasan dan gambar merah pokok ini sering menghiasi kad Hari Natal.

Photobucket

Tumbuhan ini mengandungi getah sebatian kimia toksalbumin (fitotoksin) iaitu sejenis racun yang boleh menimbulkan rangsangan pada kulit. Getah ini boleh menyebabkan penyakit kulit atau lecur dan sangat merbahaya kepada mata. Sekiranya termakan mana-mana bahagian daunnya boleh mengakibatkan muntah-muntah., cirit-birit, sakit mulut, dan kerongkong.


Tulang-tulang
Photobucket

Satu lagi spesies tumbuhan ialah Euphorbia tirucalli dengan nama-nama tempatan tentung , tulang-tulang atau ‘patah tulang’. Getahnya boleh menghasilkan dermatitis jenis lecur, bengkak dan kesakitan. Getah ini sangat berbahaya pada mata dan boleh mengakibatkan bengkak, sakit, berdarah, kabur penglihatan dan buta sementara.

Photobucket



Berhati-hati dengan pokok ini yang mudah kita jumpai disekeliling kita ..

7 comments:

Khairil said...

cantik untuk buat hiasan tetapi beracun...amat bahay jika ada kanak-kanak yang termakannya...

Ringgo said...

tul tu bro .. bahaya dan memang banyak pokok ni kat umah .. cuma baru ni tau bahaya sampai tahap tu ..

Zaharimin Hamzah said...

terima kasih info mustahak 0135050800

Zaharimin Hamzah said...

terima kasih info mustahak 0135050800

anuar shaari said...

tulang2 adalah pkk herba dan disahkan jabatan pertanian. oleander. kajian di indonesia beracun tetapi di india digunakan dlm perubatan. dadah bhy jika disalahgunakan ttp penawar pd kadar yg betul

Mokhtar Rudin said...

Getah pokok patah tulang bleh sembuhkan penyakit kutil..sybdh pnh cuba

Mokhtar Rudin said...

Getah pokok patah tulang bleh sembuhkan penyakit kutil..sybdh pnh cuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...