| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Thursday, July 21, 2011

Apa Potassium ?

Photobucket
Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh anda?

Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot. Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung, berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium. Selain itu potassium juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.

Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik, tahap darah mestilah dijaga supaya berada diantara 3.5 dan 5.5 mEq/L. Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal. Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.

Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah?

Potassium Rendah
Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita. Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah. Oleh kerana kebanyakan makanan kita mengandungi potassium, potassium rendah (hypokalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat. Pengambilan makanan yang kurang zat, muntah dan cirit-birit yang berlebihan, dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya potassium rendah kepada anda.

Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah :
  • Otot menjadi lemah
  • Kekejangan
  • Kebingungan
  • Masalah dengan koordinasi otot
  • Denyutan jantung menjadi tidak teratur
  • Jantung gagal berfungsi
Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium. Ujian darah akan dilakukan bagi membantu doktor untuk memastikan tahap potassium.

Potassium Tinggi
Apabila buah pinggang anda sudah gagal untuk berfungsi, ia tidak lagi dapat mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan dan akan menyebabkan potassium berkumpul di dalam tubuh. Potassium tinggi dikenali sebagai hiperkalemia. Keadaan ini selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap kronik (CKD).

Kesan-kesan yang timbul akibat dari potassium tinggi ialah :
  • Rasa mual
  • Rasa lemah
  • Rasa kebas atau sensasi kesemutan
  • Denyutan menjadi perlahan
  • Degup jantung tidak teratur
  • Kegagalan jantung
  • Kematian mengejut
Bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap 5 ( juga dikenali sebagai tahap akhir penyakit buah pinggang ESRD), rawatan dialisis diperlukan untuk membantu mengawal tahap potassium. Rawatan dialisis adalah rawatan yang paling berkesan untuk menghilangkan lebihan potassium di dalam darah. Walaubagaimanapun, ada diantara rawatan ini yang tahap potassium masih tinggi. Oleh itu pengambilan makanan yang tinggi kandungan potassiumnya mestilah dihadkan agar kandungan potassium tidak terlalu tinggi sehingga sesi rawatan dialisis yang seterusnya.

Potassium tinggi selalunya berlaku apabila rawatan dialisis dilangkaui atau dipendekkan. Terlepas sesi rawatan dialisis akan menyebabkan potassium meningkat ke tahap yang merbahaya di dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan degupan jantung menjadi tidak teratur bahkan jantung anda boleh berhenti berdenyut.

Ketahui Tahap Potassium Anda
Pastikan agar tahap potassium anda diperiksa secara teratur. Tanyakan kepada pakar diet buah pinggang atau doktor tentang keputusan potassium anda. Dengan selalu memeriksa tahap potassium anda akan membantu doktor untuk mengekalkan tahap potassium anda sentiasa berada di tahap yang selamat.

Julat Ukuran Makmal Untuk CKD
Ukuran rendah kurang dari 3.5 mEq/L
Ukuran selamat 3.5 – 5.0 mEq/L
Ukuran tidak selamat 5.1 – 6.0 mEq/L
Bahaya melebihi dari 6.0 mEq/L

Jika didapati tahap potassium anda terlalu tinggi, doktor akan mencari penyebabnya dan akan menetapkan masa untuk rawatan dialisis sekiranya perlu. Pakar diet buah pinggang akan sentiasa memantau pengambilan makanan anda dan akan menunjukkan cara-cara bagaimana untuk mengurangkan tahap potassium dalam diet anda. Tahap potassium seseorang adalah tidak sama dan mengikut kepada keperluan individu tersebut. Oleh itu pakar diet anda akan membantu untuk menentukan tahap potassium yang sesuai untuk diambil dalam diet seharian anda.

Kredit :  http://buahpinggangsihat.com/

1 comment:

MaMa AiNi said...

ringgo ..thanks atas info ni ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...