| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Thursday, June 23, 2011

Bawang Putih & Khasiatnya..

Bawang Putih

Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. ( Nama saintifik Allium satvium ).Ia mudah di dapati di pasaran. Malahan khabarnya di Jerman, ia merupakan jualan bukan berunsur dadah yang paling laris dijual di kedai-kedai ubat / farmasi!


Sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman berzaman mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus. Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, diantaranya, ( kesan perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secara mentah atau dihancurkan tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)

a.)  Penawar sengatan 
ambil 2 ulas bawang putih, ditumbuk hingga lumat dan terus tampal di tempat yang terkena sengatan lipan atau kala jengking

b.) Penawar sakit kepala 
ambil 3 ulas bawang putih. ditumbuk hingga lumat dan terus pupuk di atas dahi.

c.) Penawar batuk dan lelah
ambil 3 ulas 3 ulas bawang putih. ditumbuk, dan diperah untuk mendapat jus/airnya. Gaul dengan 1 sudu besar madu asli dan 1 sudu teh gula.. Makan kesemuanya. lakukan beberapa kali hingga baik.

d.) Penawar cacing kerawit
kunyah dan telah seulas bawang putih.

e.) Penawar kembung perut
panggang atas api 5 ulas bawang putih. Makan ketika perut merasa masuk angin.

f.) Penawar mulut busuk
tumbuk hingga hancur 3 ulas bawang putih bersama 9 kuntum bunga cengkih. Digunakan sebagaiubat gigi dan dicampur dengan air buat berkumur. Lakukan 3 kali sehari

g.) Penawar luka kecil
4 atau 5 ulas bawang putih ditumbuk hingga lumat. Tampal di tempat yang terluka.

h.) Penawar buasir
ambil 4 ulas bawang putih. Belah dua. Campur dengan 1/2 cawan cuka. rebus sampai mendidih. Bila sejuk, makan atau tumbuk lumat 3 ulas bawang putih bersama 1/2 inci halia

i.) Penawar sakit otot
ambil minyak bawang putih, dan gosok di bahagian badan yang sakit seperti di belakang, di bahu, di punggung.

j.) Penawar sakit kerongkong
10 ulas bawang putih ditumbuk, kemudian diambil airnya. campur dengan air bersih, terus ditapis dan terus diminum untuk membersihkan kerongkong.

k.) Penawar sakit gigi
4 bahan : tumbuk 3 ulas bawang putih. ambil 3 sudu teh cuka, 1 sudu teh garam, 1 sudu teh madu. Gaul kesemuanya dan tampalkan pada gigi yang sakit. ATAU tumbuk lumat 2 ulas bawang putih. campur dengan 1 sudu teh minyak sapi.campurkan kedua-dua bahan ini. panaskan dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang.

l.) Penawar bisul
ambil 1 ulas bawang putih, pecahkan dengan belakang pisau. Sapu atau gosok beberapa kali pada bisul sehingga ia mengecil dan hilang.

m.) Penawar payu dara yang sakit
rebus 1 labu bawang putih dengan sebanyak 2 cawan air. Minum airnya 3 kali/sehari

n.) Penawar selsema
campurkan 3 sudu besar madu dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Gaul rata dan minum/makan

Photobucket

Lain-lain khasiat / kegunaan:
1.) membantu pencernaan serta membantu menambah nafsu makan
2.) membantu menyekat pembesaran / pertumbuhan sel barah - seperti barah kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada, serviks
3.) berkesan mengawal paras/tahap gula dalam darah
4.) membantu merendahkan tahap lipoprotein jahat LD2, VD2 dalam darah serta meningkat tahap lipoprotein yang baik HD2 dalam darah, menyekat pengumpulan darah.
5.) membantu melancarkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

Kepercayaan :
1.) masyarakat mesir purba percaya bahawa bawang putih boleh membantu merawat kecacingan, jantung, dan sakit kepala
2.) masyarakat Melayu percaya bawang putih yang dicampur dengan minyak kelapa boleh digunakan sebagai minyak urut yang baik.
3.) getah bawang putih boleh mengatasi masalah kulit / tumit pecah.
4.) orang China percaya bahawa bawang putih boleh membantu buang angin dalam badan, menambah sedap makanan, mengurangkan panas badan. 

Sumber : Ulam Raja

2 comments:

mama aini said...

banyak rupanya khasiat bawang putih ni !!..patutlah org2 cina suka memakannya..

Ringgo said...

memang banyak khasiatnya tapi kita jarang nak makan sebab berbau kuat ..
tambah2 lagi kalau dimakan mentah/ulam ..
Jeruk bawang putih pon ada .. tapi org2 cina ja yg makan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...