| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, June 13, 2011

Jumaat Penghulu Hari ..

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud " sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam A.S. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."

" Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah." Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pada zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan " Selamat, selamat hari yang baik ". Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pada mereka yg mempunyai isteri bersatu pada malam itu.

Sunday, June 12, 2011

Alhamdulillah .. ?

Photobucket

selalu kita sebut selepas makan atau selepas melalui dugaan yang kita dapat atau ada juga sahabat kita yang sebut thanks god ( tima kasih Tuhan ) dan kita selalunya sebut Alhamdulillah tapi tak tau la pula pasai pa kita kena sebut , untuk apa plak kita sebut ..

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

Photobucket

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud " Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

Adab Makan ..

Photobucket


Setiap manusia hidup pasti memerlukan makan minum. Ini sudah menjadi keharusan, sebab tanpa itu tentu mati . Tetapi makan dan minum itupun wajib menurut aturanNya. Jangan asal suka ja , terus langgah (dimasukkan) ja  , sehingga perut menjadi sesak dan padat, penuh dan tidak ada longgaq ( longgar ) sama sekali.

Saturday, June 11, 2011

Rumah Dr RM6 J ke ?

Photobucket

Dr MKT ( Mohamad Khir Toyo ) mengaku bahawa rumahnya hanya 6 Juta tetapi ramai yang menganggarkan kosnya mungkin hampir 3 - 4 kali ganda dari jumlah yang disebut Dr MKT.. Kes Dr dari tahun 2007 lagi sehingga sekarang ( hampir 5 tahun ) masih lagi dalam perbicaraan dan jika sabit kesalahan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika beliau disabit kesalahan.

TB lagi ..

Photobucket

baru ja mak mertua aku lega (sembuh) dari penyakit ni .. dah ada lagi mangsa kat KL .. sesapa yang dok sekitar Ampang , KL , berjaga² dengan wabak ni .. bahaya woo!!


KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.

Friday, June 10, 2011

Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah S.A.W. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah S.A.W. berkata, " Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran! "

Akidah Mencorakkan Akhlak

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, nilai-nilai akhlak yang dipegang oleh seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup. Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di bumi dan apakah tujuan dan matlamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan. Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jawapan kepada persoalan tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang mencorakkan berbagai sikap dan tingkahlaku yang membentuk berbagai-bagai kebudayaan. Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang kafir, aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-orang munafiqin.

JIMATKAN BIL elektrik angpa

Photobucket

aku nak cakap lebih² pon tak buleh wat pa dah .. memang depa ( diarang ) tak dengaq ( dengar ) pon .. cuma buleh cari jalan penyelesaian alternatif .. salah satunya JIMATKAN !!! penggunaan 

Thursday, June 9, 2011

Kanser Payu Dara !!!

Kanser

" ini penyakit serius ni .." itu yang aku katakan pada isteri anak menakan( anak sedara ) aku pagi tadi sebab dia habaq ( bagi tahu ) adik dia disahkan mendapat penyakit kanser payu dara peringkat ke tiga ( kritikal ) . Oghrat ( urat ) disekeliling payu dara dia dah jadi biru .. kemungkinan kena potong ( bedah ) buang bahagian yang dah kena jangkiti barah/kanser tu .. dan Arwah emak aku pun menderita sebab barah ni hingga ajal dia 27 tahun dulu ..

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia :

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita). Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

PETRONAS UNTUNG RM 241.2 BILLION ...

Minyak

itu yang aku seniri tak paham ni .. kita negara pengeluar minyak , untung beratus BILLION tapi minyak dinegara kita lebih mahal lagi dari harga minyak dari negara pengeluar minyak yang lain .. kena sangat la ngan slogan  " Rakyat Diutamakan , Pencapaian didahulukan .. "

Shamsul Azhar

PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) meneruskan kecemerlangan prestasi membanggakan apabila mencatatkan perolehan RM 241.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 14.4 peratus berbanding RM 210.8 bilion tahun sebelumnya. 

Wednesday, June 8, 2011

1086 mendaftar di Kolej Universiti Insaniah

Ada yang berminat untuk sambung pengajian di KUIN .. haa ramai dah ni yang masuk ..


ALOR SETAR, 6 Jun: Seramai 1,086 orang mendaftar sebagai pelajar-pelajar baru di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di sini bagi pengambilan Jun 2011.

Alhamdulillah .. Tok Mbut kluaq spital..

HSB Respiratori

Setelah hampir 3 minggu mak mertua aku dok dihospital dan selama tu juga aku dan aayang (yang tgh sarat) berjaga malam jaga mak , siang adik beradik laen plak aa .. mula suspek TB sebab paru² yang luka/rosak tapi lepas tu doktor tak confirm plak sebab dah ok .. Alhamdulillah semalam doktor dah bagi balik ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...