| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Saturday, June 11, 2011

Rumah Dr RM6 J ke ?

Photobucket

Dr MKT ( Mohamad Khir Toyo ) mengaku bahawa rumahnya hanya 6 Juta tetapi ramai yang menganggarkan kosnya mungkin hampir 3 - 4 kali ganda dari jumlah yang disebut Dr MKT.. Kes Dr dari tahun 2007 lagi sehingga sekarang ( hampir 5 tahun ) masih lagi dalam perbicaraan dan jika sabit kesalahan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika beliau disabit kesalahan.


SHAH ALAM – Kos ubah suai dan pembinaan landskap kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang berkonsepkan bali menelan belanja lebih RM6 juta.

Photobucket


Pereka laman, Nasir Ismail, 55, yang membuat pengubahsuaian itu dari asal berkonsepkan Asia Tropika berkata, bayaran kemudian dibuat kepadanya secara beransur sebanyak lima kali, tetapi dibayar dengan tunai kerana beliau muflis.

“Bayaran pertama saya terima pada Mac 2006, RM250,000 selepas dapat arahan daripada Mohamad Khir. “Wang itu saya guna untuk beli barang pengubahsuaian di Indonesia,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes seleweng kuasa Mohamad Khir di Mahkamah Tinggi, semalam.

Photobucket

Nasir berkata, bayaran seterusnya setengah juta secara tunai sebanyak empat atau lima kali diterimanya daripada Pengarah Ditimas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni kemudian Mohamad Khir meneruskan bayaran wang tunai kira-kira RM4 juta secara ansuran kepadanya.

Menurutnya, Mohamad Khir berminat mengupahnya berikutan saksi itu sebelum ini pernah membuat pengubahsuaian taman berkonsep bali untuk rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor di Bangi, Selangor.

Photobucket

“Selepas itu, Karim telefon beritahu Mohamad Khir berminat landskap saya siapkan dan dari situ saya kenal Mohamad Khir,” kata Nasir ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud. Ketika berkunjung ke banglo Mohamad Khir di Seksyen 7, Shah Alam pada Mac 2008 turut bersama ketika itu, isteri Mohamad Khir, Zahrah Kechik, Karim dan Shamsuddin yang menjadi pengurus berkaitan urusan kerja pengubahsuaian itu.

Saksi memberitahu, pada pelan pengubahsuaian banglo diluluskan itu tertera nama syarikat Ditamas, tetapi beliau keliru pemilik sebenar kediaman mewah itu. Pada sesi soal balas Nasir memberitahu, beliau diisytiharkan muflis pada 1998, tetapi dibebas pada 2008 dan penerimaan bayaran melebihi RM6 juta itu tidak dimaklumkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Photobucket

Nasir berkata, beliau pernah berselisih faham dengan Mohamad Khir mengenai hal bayaran dan kerja pengubahsuaian yang belum siap.

ADUN Sungai Panjang itu dibicarakan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya ketika itu bekas Menteri Besar Selangor dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin. Hartanah di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau dituduh melakukan kesalahan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 pada 29 Mei 2007.

Photobucket

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika beliau disabit kesalahan. Bicara hadapan Hakim Datuk Moktharuddin Baki bersambung Isnin.

Sumber : SinarHarian

2 comments:

MaMa AiNi said...

rm 6 j..iskkk...mewah betul kediaman tu !!!..mama bangga tgk org melayu yg hidup mewah n tumpang gembira sama..tapi bila kes camne jadi rasa terkilan pulak..betul ke org melayu suka rasuah ?...

Ringgo said...

tu la MaMa A .. mewah sungguh kalau umah harga RM 6 J tu .. takleh nak bayangkan kat dlm umah mcmana .. mmg kita menyokong orang melayu Islam kita maju & kaya senang nak sedeqah seringgit dua kat yang memerlukan tapi bukan maju & kaya dengan cara yang salah ..
bukan nak tuduh tapi dari segi logik akal pun gaji Dr + MB kalau nak simpan bank mustahil jugak tu .. kalau berniaga nak kumpul RM6 JUTA tu dlm masa setahun tak tau aa niaga apa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...