| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, August 16, 2011

Kutipan & Agihan Zakat

Photobucket
Rakyat Negeri Kedah telah mula menerima agihan Zakat untuk Bantuan Tahunan , sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan dalam mengharungi ramadhan ini serta menyambut Eidul Fitri yang semakin hampir . Inilah hikmahnya ZAKAT ..

KUALA KEDAH - Kutipan zakat fitrah bagi Masjid Padang Lalang dalam Daerah Kota Setar bagi tahun 2010 ialah sebanyak RM4,522 dan zakat padi RM13,492, jumlah kutipan zakat masjid RM18,014 manakala jumlah agihan zakat bagi tahun 2011 ialah sebanyak RM28,800.

Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Ghazali Yaakob berkata, kutipan zakat fitrah bagi Masjid Ubudiyyah, Kampung Mergong ialah sebanyak RM10,871 dan jumlah kutipan zakat masjid RM10,871 manakala jumlah agihan zakat RM31,800.

“Kutipan zakat fitrah bagi Masjid Simpang Empat Kuar ialah sebanyak RM2,569 dan zakat padi RM1,100, jumlah kutipan zakat masjid RM3,669 manakala jumlah agihan zakat RM21,000,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Bantuan Miskin Tahunan Daerah Kota Setar kepada 444 orang penerima yang terdiri daripada golongan fakir miskin yang berjumlah RM266,400 di Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan, di sini.

Menurutnya, kutipan zakat fitrah bagi Masjid Kampung Huma ialah sebanyak RM2,520 dan zakat padi RM11,910, jumlah kutipan zakat masjid RM14,430 manakala jumlah agihan zakat RM34,200.

“Kutipan zakat fitrah bagi Masjid Kubang Jawi ialah sebanyak RM3,017 dan zakat padi RM2,780, jumlah kutipan zakat masjid RM5,797 manakala jumlah agihan zakat RM26,400,” katanya.

Ghazali memberitahu, kutipan zakat fitrah bagi Masjid Kubang Rotan ialah sebanyak RM5,845 dan zakat padi RM9,313, jumlah kutipan zakat masjid RM15,158 manakala jumlah agihan zakat RM36,600.

Beliau menjelaskan, kutipan zakat fitrah bagi Masjid Kampung Kubang Siam ialah sebanyak RM4,795 dan zakat padi RM9,000, jumlah kutipan zakat masjid RM13,795 manakala jumlah agihan zakat RM24,600.

“Kutipan zakat fitrah bagi Masjid Teluk Junus ialah sebanyak RM1,036 dan zakat padi RM1,130, jumlah kutipan zakat masjid RM2,166 manakala jumlah agihan zakat RM23,400,” ujarnya.

Tambahnya, kutipan zakat fitrah bagi Masjid Kubang Teduh ialah sebanyak RM1,134 dan zakat padi RM3,161, jumlah kutipan zakat masjid RM4,295 manakala jumlah agihan zakat RM21,000.

“Kutipan zakat fitrah bagi Masjid Perumahan Mergong ialah sebanyak RM6,300 dan jumlah kutipan zakat masjid RM6,300 manakala jumlah agihan zakat RM18,600.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, YB. Nasir Mustafa dan Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Ustaz Loqman Haji Husin.

Suasana di Masjid Kampung Tualang

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

2 comments:

khairul said...

baru smlm p bayaq zakat

Ringgo said...

Alhamdulillah Bro Khairul di kedah dah ada asnaf yang layak menerima bantuan zakat dari kerajaan negeri yang disampaikan mengikut kawasan .. lega la sikit depa ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...