| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, August 16, 2011

PEMBERSIH JIWA DAN HARTA MANUSIA - ZAKAT

Photobucket
Di dalam dunia yang penuh pancaroba ini, kadangkala kita juga terlibat dengan harta yang tidak pasti. Berzakat adalah platform untuk kita membersih harta serta beribadah kepada Allah S.W.T .

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 30 : " Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ".


Juga dari surah At-Taubah (09), ayat 103 : " Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu (Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui "


MAKSUD ZAKAT
Zakat ( زكاة ) (dari kata tazakka - mensucikan) ( bahasa Inggeris: almsgiving / tithing ) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.

Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang . Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.


JENIS-JENIS ZAKAT

Zakat fitrah
Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat harta
Zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya. ”

Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. ”

Zakat harta di Malaysia :
• Zakat pendapatan
• Zakat wang simpanan
• Zakat KWSP
• Zakat saham / pelaburan
• Zakat emas dan perak
• Zakat perniagaan
• Zakat binatang ternakan
• Zakat hasil pertanian


SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT
• Islam
• Merdeka
• Milik sempurna
• Cukup nisab
• Cukup haul (genap setahun hijriah)
• Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)


GOLONGAN YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT
Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
  • Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  • Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  • Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  • Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  • Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  • Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  • Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  • Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan.
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.


FAEDAH ZAKAT

Faedah diniyah (Agama)
1. Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
2. Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
3. Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi SAW juga menjelaskan bahwa sadaqoh dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
4. Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Rasulullah SAW.

Faedah Khuluqiyah (Akhlak)
1. Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
2. Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
3. Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
4. Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.

Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)
1. Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
2. Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
3. Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.
4.  Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah.
5. Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
6. Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.


HIKMAH ZAKAT
Hikmah dari zakat antara lain:
1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
6. Untuk pengembangan upaya umat
7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.


Sumber :

2 comments:

khairul said...

apa pendapat bro ttg system zakat skrg ? bagi sy la..terdapat byk karenah birokrasi utk memohon .terutama bg mualaf2 baru memeluk islam..maka x hairan lah kan baru2 ni kecoh ada umat islam meraih simpati kt gereja tu ..sapa yg patut d persalahkan dlm hal ini ?

Ringgo said...

mmg betul tu bro Khairul ..

pelaksanaan untuk mengutip zakat ni mmg cantik dah dan dah nampak banyak kesedaran pada orang2 melayu Islam kita ni untuk membayar zakat tapi dalam pelaksanaan untuk mengagihkan kutipan zakat ni agak tidak teratur dan lembab skit ..

ramai asnaf yang layak tetapi tidak mendapat bantuan zakat ni ..
samaada dari kerenah birokrasi dalam mendapatkan bantuan di pejabat zakat atau melalui pihak yang berwajib / yang dilantik untuk mencari asnaf yang layak ..

ataupun dari segi pengetahuan dari mereka yang layak dimana mereka ni nak mencari sumber bantuan ditambah dengan pendidikan yg kurang ataupun kurang keyakinan utk berhadapan dengan pihak pejabat..

dari pengalaman sendiri menguruskan permohonan bantuan untuk pak menakan , mmg memenatkan ..

masalah muallaf yang tidak mendapat bantuan zakat serta bimbingan agama yang sepatutnya , patut diberi perhatian dengan tindakan lebih agresif spt memberi panduan , bimbingan & kaunseling di tempat mereka .. bukan menunggu mereka datang mencari bantuan ..

dan bermacam macam masalah lagi yang menyebabkan bantuan ini tidak sampai ke asnaf yang layak ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...