| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Friday, June 17, 2011

Buah Sukun

Sukun

Smalam sempat aku n aayang singgah kat umah akak sepupu yang kami panggei kak Noi , di Kg Nawa , Pokok Sena .. Punyalah banyak dia bagi buah² kat umah dia .. Buah Bacang , Buah Sukun , Embut Lengkuas , Bunga Betik. sampai penuh pungkoq keta , sampai umah keje orang umah la plak buat dan goreng .. aku makan je ..



Photobucket
haa ni yang dah siap digoreng .. perghh sedap .. kena ngan kopi panaih ..

Buah sukun atau nama saintifiknya Artocarpus Communis adalah dari Genus Artocarpus dalam famili Moraccea sampai nak bebelit lidah aku nyebutnya . Dalam famili ini terdapat juga buah-buahan lain seperti nangka dan cempedak.

Pokok sukun yang dipercayai berasal dari Polynesia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Malaysia, Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain.Di Malaysia buah sukun terdiri dari dua varieti iaitu berbiji dan tanpa berbiji.Varieti berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala varieti yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.

Pokok dan Buah

Pokok sukun boleh mencapai ketinggian 20 meter. Buahnya berbentuk bulat atau sedikit bujur mempunyai ukuran garis pusat di antara 10 hingga 30 cm. Pada kebiasaanya berat buah ialah antara 1-3 kg. Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut. Sebaliknya pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.

Photobucket

Sukun merupakan sejenis buah yang tidak bermusim, namun ia mempunyai puncak pengeluarannya bunga dan buah utama sebanyak dua kali setahun. Musim bunganya ialah antara Februari hingga Mac dan antara Julai hingga Ogos. Manakala musim pemetikan buahnya di antara April hingga Jun dan di antara Oktober hingga November.

Photobucket

Khasiat dan Kepelbagaiannya

Sukun merupakan buah yang sangat berkhasiat. Bagi setiap 100 g buah yang boleh dimakan, sukun mengandungi:

Air - 70.8 g
Protin - 1.7 g
Lemak - 0.1g
Karbohidrat - 26.2 g
Fiber - 1.2 g
Abu - 1.0 g
Kalsium - 33.0 g
Fosforus - 32.0 g
Besi - 1.2 mg
Natrium - 15.0 mg
Kalium - 439.0 mg
Thiamin - 0.1 mg
Riboflavin - 0.03 mg
Niasin - 0.90 mg
Vitamin C - 29.0 mg

Buah sukun yang kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng , kerepek, bubur atau sukun rebus. Sukun juga boleh dijadikan hidangan sayur. Kepingan sukun boleh direbus dan dimakan dengan sambal kacang bersama sayuran lain. Sukun juga boleh dimasak lemak. Disamping itu pelbagai jenis kuih muih dan puding boleh disediakan dari tepung atau kanji daripada sukun.

Keseluruhan bahagian pokok sukun apabila dicantas akan mengeluarkan sejenis getah. Di kalangan masyarakat tradisional pula mengambil getah atau mencampurkannya dengan bahan-bahan lain lalu dijadikan ubat sakit kulit, merawat luka, kesan calar, menghilangkan parut atau kulit yang pecah-pecah. Getahnya juga sangat elok untuk merawat luka di dalam mulut.

Sumber : UKM

4 comments:

Khairil said...

suka makan cucur sukun goreng..tapi depa kata boleh sakit urat...tak makan pun sakit urat juga...haha

MaMa AiNi said...

best sukun tu...mama pun makan buah ni..selalu hb beli kat pasar...untung ada saudara tinggal kat kg bolih dpt buah tangan bila balik kan?..ha2x..nampak sedap sukun yg dah siap digoring tu..he 2x..terliur mama tau !!!

mr.curly said...

fuhh..sukun ni byk kt kg wa kt sabak bernam..lame tul wa xmkn ni..goreng sodap!!!

Ringgo said...

> khai : pulun semacam ja ..
> Mama A : kalau mai sini nnt kami bagi bawak balik .. hahaha ..
> bro curl : memang sodap bro ..

nnt kita buat kenduri cucoq sukun ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...