| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, June 27, 2011

APAKAH ITU OBESITI?

Obesiti

Obesiti ialah keadaan di mana berlakunya pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat badan yang tidak normal untuk usia, jantina dan tinggi individu tersebut.



Obesiti

Obesiti boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, batu karang, masalah pernafasan dan sesetengah jenis kanser.

Obesiti

Masalah berlebihan berat badan dan obesiti adalah suatu masalah global. Hampir satu billion penduduk dunia mengalami masalah lebih berat badan dan 300 juta orang yang obes (Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005).

Obesiti

Di Malaysia juga masalah ini telah meningkat. Prevalen berlebihan berat badan di kalangan orang dewasa ialah 26.7 peratus dan obesiti pula 12.2 peratus pada 2003 (Kajian Pengambilan Makanan Di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003). Prevalen ini telah meningkat berbanding dengan 16 peratus berlebihan berat badan dan 4 peratus obes pada tahun 1996 (NHMS II).

Adalah sukar untuk mengukur dengan tepat bahagian badan yang mengandungi lemak pada seseorang individu. Walau bagaimanapun, satu penunjuk yang telah diterima umum dan digunakan untuk mengukur berat badan yang berlebihan dan risikonya dikenali sebagai Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI). Penunjuk ini mengambil kira berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. Pengiraan BMI adalah seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI =
berat(kg)

——————————

tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di bawah bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau kurus.

Indeks Jisim Badan:

Status
BMI (kg/m2)

Kurus
Kurang 18.5

Normal
18.5 – 24.9

Berlebihan berat
25 – 29.9

Obesiti
30 dan lebih

Seseorang individu dewasa boleh dikategorikan mempunyai berat badan berlebihan sekiranya indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) berada dalam julat antara 25 hingga 29.9 kg/m2. Sekiranya BMI 30 kg/m2 dan lebih, ini dikategorikan sebagai obes.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada obesiti dan berat yang berlebihan ialah pengambilan makanan yang berlebihan terutamanya lemak dan kurang aktiviti fizikal atau bersenam. Ini melibatkan makan yang terlalu banyak dan tidak melakukan senaman yang cukup.

Terdapat dua jenis obesity yang bergantung kepada distribusi lemak di dalam badan.

1.“Apple-shaped” obesiti (‘Android’ Obesiti)
Obesiti jenis ini melibatkan pengumpulan lemak disekeliling perut atau abdomen. Kebiasaannya obesiti jenis ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit dan kebanyakkannya di kalangan kaum lelaki.

2.“Pear-shaped” obesiti (‘Gynoid’ Obesiti)
Obesiti jenis ini pula melibatkan pengumpulan lemak disekeliling punggung atau pinggul. Kebiasaannya obesiti jenis ini berisiko rendah untuk mendapat penyakit dan kebanyakkannya di kalangan kaum wanita.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT
Adalah disarankan untuk mengurangkan 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan. Pengurangan berat badan yang selamat adalah 0.5 hingga 1 kg seminggu. Jangan melebihi 4 kg sebulan. Pengurangan berat badan yang drastik akan memudaratkan kesihatan.


Piramid

 Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk memilih makanan.
  • Pilih pelbagai jenis bijirin setiap hari khususnya bijirin penuh. (Contohnya: nasi putih, roti, mi, biskut dan sebagainya)
  • Lebihkan pengambilan serat dari pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan kolesterol, bersederhana dalam pengambilan lemak dan minyak.
  • Pilih minuman dan makanan dalam kandungan gula yang sederhana. 
  • Kurangkan porsi makanan daripada biasa.
  • Makan mengikut waktu yang teratur.
  • Selalulah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu tetapi digalakkan setiap hari.
Adakah karbohidrat menggemukkan dan patut dielakkan?
Karbohidrat tidak menyebabkan kegemukkan. Nutrien-nutrien lain juga tidak boleh manjadikan seseorang itu gemuk. Pengambilan jumlah kalori yang berlebihan yang boleh menyebabkan seseorang menjadi gemuk. 

Karbohidrat terbahagi kepada dua iaitu karbohidrat kompleks dan ringkas.
Karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, mee, bihun, krim kraker, bijirin penuh dan produk bijirin adalah sumber utama untuk membekalkan tenaga. Semua makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks mempunyai jumlah kalori yang sama.
Cuma, seseorang itu perlu menghadkan pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat ringkas ( iaitu gula ) seperti kuih-muih, pastri, manisan, aiskrim, susu pekat manis, coklat, kaya, jem dan minuman ringan (botol / tin / kotak ).

5 comments:

ZORA said...

obesiti bahaya wo....boleh wat bnyak penykit....tq 4 info yg bgus ni..

Ringgo said...

macam2 bleh jadi kalau obes ni ..

Khairil said...

obesiti ni macam hypermarket...macam2 ada..garam gula minyak...haha

Ringgo said...

macam2 ada .. manyak musar looor

armouris said...

lagi info tentang obesiti di SIHAT SELALU - Diet Tapi Tetap Gemuk Kerana Rendah BMR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...