| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Thursday, July 21, 2011

Dah Tukar JANTINA ???

Photobucket
KUALA TERENGGANU — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas.






Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.


Photobucket

Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai. Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach. Hakim Mohd Yazid berkata, keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.

Katanya, walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah. Selain itu, katanya, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz, dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil untuk memberi keterangan.

“Setelah kes ini diperhalusi dan diteliti dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon. “Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon,” katanya. BERNAMA

***  Salah siapakah bila terjadinya perkara macam ni .. akal yang diberi tapi nafsu juga yang di ikut .. terjadi kepada rakyat malaysia melayu Islam kita ..na'uzubillah !!!

Firman Allah Taala :
Ertinya : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [ surah al-Hujarat, 13 ]

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya) :  “ Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” [ Riwayat al-Bukhari ]

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya) : “ Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki ”. [ Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih ].

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud : “ Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk ”. (Surah at-Tiin ayat 4).



Seluruh manusia sama taraf dan kedudukkannya di sisi Allah tanpa memandang jantina dan kaum. Yang menjadi penentu kemuliaan hanyalah ketakwaan kepada Allah. Anugerah jantina yang normal perlu disyukuri. Menukar anugerah tersebut bermakna mengengkari nikmat tersebut.

2 comments:

abu idris said...

arrayah.info - Hukuman terhadap Si Penukar Jantina Jika Dia Tidak Bertaubat

Ringgo said...

trima kasih .. InsyaAllah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...