| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0i

Photobucket


Bersih 2.0 Internasional dilaporkan menjalankan demonstrasi serentak dilebih 30 buah negara yang bermula di Malaysia yang menuntut 8 perkara dari SPR khasnya serta kerajaan Malaysia ..

BERSIH2.0


BERSIH 2.0 Singapura

B 2.0 Singapore


BERSIH 2.0 Melbourne , Australia .

B 2.0 Melbourne

B 2.0 Melbourne

Perhimpunan yang di adakan di Federation Square sambil menyanyikan lagu Negaraku di kalangan rakyat Malaysia. Kumpulan dijangka mencecah sehingga 750 orang .


BERSIH 2.0 Sydney , Australia .

Sydney

Kumpulan yang mencecah hingga 300 orang berada di Town Hall Sydney ..


BERSIH 2.0 Adelaide , Australia .
Dengan kumpulan sekitar 150 yang hadir menyampaikan sokongan dengan aman


Photobucket



BERSIH 2.0 Seoul , South Korea .

Seoul

Di Seoul kumpulan sekitar 30 orang yang berhimpun kebanyakannya adalah pelajar dan rakyat malaysia yang bekerja di Seoul yang juga mengenakan baju kuning sambil mengambil giliran memberi ucapan untuk Pilihanraya yang bersih di Malaysia nanti .


BERSIH 2.0 Hong Kong .

HK

Di Hong Kong hampir 80 orang yang berarak dengan baju kuning bersama tulisan kata2 slogan menuju ke kedutaan Malaysia untuk menyerahkan memorandum Bersih 2.0 . Layanan Polis HK yang lebih mesra dan efisien menjaga dan memberi panduan kepada kumpulan perarakan yang diadakan menuju ke kedutaan melalui pusat bandar .


BERSIH 2.0 Bangkok , Thailand .

Bangkok


BERSIH 2.0 Dubai .

Photobucket


BERSIH 2.0 TaiPei .

Sekitar 300 pelajar yang berhimpun selama 90 minit untuk menyokong BERSIH 2.0 dan bersurai selepas menyanyikan lagu Negaraku .


Sumber :  Gallery BERSIH 2.0 Global , Malaysia Kini . , wikipedia

4 comments:

ZORA said...

sebenrnya zora tak brapa nak faham sal bersih ni...patut ke tdak..tapi nape diharamkan di kalangan mahasiswa...pelik...

MaMa AiNi said...

banyaknya BERSIH!!!...mama tak pandai politik...cuma nak kata Malaysia sudah cukup aman sekarang ni..jangan dicalarkan olh aktiviti yg menghuru harakan negara...sayangilah Malaysia..

Ringgo said...

> ZORA : BERSIH 2.0 adalah nama kepada perhimpunan rakyat untuk menghantar memoradum kepada YDP Agong untuk 8 tuntutan yang dipersetujui ramai dari pemimpin2 NGO dan Parti2 Politik di malaysia ..
mungkin mahasiswa tidak dibenarkan sbb dianjurkan oleh parti2 politik pembangkang dan pihak sebelah lg takut kebangkitan pemikiran rakyat bertambah bersama mahasiswa baru ..

Ringgo said...

> MaMa A .. : saya pon bukan orang politik tetapi saya sayangkan negara saya ..
Malaysia yang saya lihat sekarang ni umpama manusia sihat diluar tapi SAKIT didalam ..
Memang Malaysia aman damai dari peperangan kalau nak dibandingkan dengan negara2 yang berperang ..
Bukan hanya diadakan di Malaysia shj tapi di mana ada rakyat malaysia yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 .. dinegara luar yg mengamalkan demokrasi membenarkan orang ramai berhimpun secara aman menyuarakan pendapat mereka yang dipantau serta dibantu oleh pihak polis tempatan untuk lebih teratur dan tidak menganggu orang lain..
BERSIH 2.0 adalah tuntutan rakyat untuk pentadbiran negara yang lebih telus , amanah dan berwibawa ..
BUKAN untuk berperang atau membuat huru hara di malaysia ni HANYA perhimpunan menghantar MEMORANDUM ..
yang salah satu permintaan/tuntutannya adalah untuk menghapuskan RASUAH .. dalam Islam pon sememangnya diharamkan samaada melibatkan duit atau pon tidak ..
Membersihkan senarai undi jika ada pertindihan pengundi di tempat yg tidak sepatutnya ada dan terdapat banyak bukti kesilapan ini terbongkar ..
Menyusun semula undi pos kepada yg ingin mengundi terus dibenarkan ..
akses media yang adil bukan hanya berat sebelah shj ..
mengukuhkan institusi awam
menghentikan politik kotor
masa kempen minima 21 hari
menggunakan dakwat kekal

BUKAN untuk memecahbelahkan malaysia , berperang atau huruhara ..
Layakkah negara kita ini dipanggil negara ISLAM yang mengamalkan DEMOKRASI jika untuk perhimpunan menghantar tuntutan diatas dihalang ..?
kosongkan fikiran kita dari pengaruh politik ini tapi fikirlah secara logik .. apakah tuntutan ini untuk mengangkat mertabat Malaysia atau sebaliknya..

maaf ini hanya pandangan n pendapat peribadi saya sahaja ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...