| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Saturday, June 18, 2011

Juara Qari Dari Negeri 9 , Qariah Dari Johor

Johan Qari

Johan tilawah bawa pulang RM15,000, terima pakej haji

KUCHING: Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini, malam tadi.


Johan tilawah masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadat haji.

Sementara qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Sarawak, Roziah Ayub muncul naib johan qari dan qariah.

Tempat ketiga dimenangi qari Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali dan kategori qariah pula dimenangi juara bertahan, Nor Azrah Ayub.

Pemenang naib johan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000 bagi tempat ketiga. Pemenang sagu hati menerima wang tunai RM2,000 setiap seorang.

Hadiah disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah.

Hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Seramai 15 qari dan 14 qariah memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing pada tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu. Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia.

4 comments:

mama aini said...

tahniah buat pemenang tilawah peringkat kebangsaan ini..qariah dari johor ini pandai membaca Al-Quran n cantik orangnya..

Ringgo said...

Tahniah!!! Cantik ciptaan Allah SWT!!! SubhanAllah!!

ZORA said...

tahniah la untuk mereka yg bergelar juara...sudahlah dapat duit,,dapat mnunaikan haji lagi..sgt beruntung..:P

Unknown said...

semoga mereka dapat mengharumkan nama negara pulak dalam peringkat antarabangsa nanti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...