| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Saturday, August 13, 2011

Pucuk Betik

Photobucket
Pucuk Betik mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita kerana mengandungi mineral dan vitamin seperti  A, C, B kompleks , B17, Vitamin K dan E .

  • Mampu merawat kesan kesakitan akibat penyakit kanser serta B17 mampu menghapuskan sel kanser . Dengan 2 helai pucuk betik direbus dengan 1 liter air , setiap kali diminum 200ml 4-5 kali sehari sehingga kesan sakit berkurangan [ rujukan : Papaya as a Medicine , ms 75-87 ]
  • Mengatasi migrain .
  • Menurunkan tekanan darah tinggi yang juga digunakan didalam produk HPA
  • Menurunkan tahap kolestrol dalam darah .
  • Melancarkan dan memperbanyakkan susu badan bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi .
  • Mengeringkan Lendir/kahak semasa selsema dan batuk .
  • Mampu merawat penyakit denggi yang dibuktikan berkesan oleh Dr Sumedha Bajaj dari Hospital Bombay , India .
  • Melangsingkan badan .
  • Mengatasi sakit sendi dengan jus pucuk betik yang dicampur dengan sedikit perahan limau nipis .

Pucuk betik ini boleh diambil sebagai ulam-ulaman dalam bentuk mentah atau celur terlebih dahulu . Atau dibuat jus untuk minuman harian . Rasanya memang agak pahit tetapi khasiatnya memberi kesan baik yang berpanjangan pada badan kita .

Selamat mencuba !!!

2 comments:

Unknown said...

buat jus pucuk betik pon best gak kan ?

Ringgo said...

perghhh best tu bro khairul ..
herba semulajadi tanpa dadah sintetik tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...