| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, July 19, 2011

HIKMAH ZAKAT FITRAH

Photobucket
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud : " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat .


Untuk memenuhi keperluan orang-orang miskin dan mengelakkan mereka daripada meminta-minta yang boleh menjatuhkan maruah dan air muka mereka berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Al-Hakim yang bermaksud : " Hindarkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini " .

Menimbulkan rasa kasihan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin yang merupakan saudara kita semua sebagai umat Islam yang berkasihan kerana Allah .

Memberi peluang kepada orang-orang miskin untuk menikmati dan berkongsi kegembiraan Syawal .

HIKMAH MENGELUARKAN ZAKAT
  • Dapat mensucikan diri dan jiwa dari sifat-sifat mazmuzah ( tercela ) seperti kedekut, hasad dengki, sombong, takabbur, pentingkan diri sendiri, cintakan dunia dan sebagainya .
  • Membentuk akhlak mahmudah ( mulia ) seperti infaq, sedeqah, cintakan akhirat, kasih dan simpati terhadap orang yang tidak bernasib baik dan miskin dan sebagainya .
  • Mengembangkan harta dan mensucikannya .
  • Merupakan manifestasi terbesar syukur diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya .

GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Berdasarkan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60, dapat disimpulkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat sebanyak lapan golongan ( asnaf ) :
  • Orang fakir : orang yang amat sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi penghidupannya.
  • Orang miskin : orang yang tidak cukup penghidupannya dan dalam keadaan kekurangan.
  • Pengurus zakat : orang yang diberi tugas untuk mengumpulkan dan membagikan zakat.
  • Muallaf : orang kafir yang ada harapan masuk Islam dan orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah.
  • Memerdekakan hamba: termasuk juga untuk melepaskan muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir.
  • Orang berhutang: orang yang berhutang kerana untuk kepentingan yang bukan maksiat dan tidak sanggup membayarnya. Adapun orang yang berhutang untuk memelihara persatuan umat Islam dibayar hutangnya itu dengan zakat, walaupun ia mampu membayarnya.
  • Pada jalan Allah (fisabilillah): iaitu untuk keperluan pertahanan Islam dan kaum muslimin. Di antara mufasirin ada yang berpendapat bahwa fisabilillah itu termasuk juga kepentingan-kepentingan umum.
  • Orang yang sedang dalam perjalanan yang bukan maksiat mengalami kesengsaraan dalam perjalanannya.

GOLONGAN YANG TIDAK BERHAK MENERIMA ZAKAT 
  • Orang kaya - harta , tenaga dan penghasilannya .
  • Hamba yang mendapat nafkah, upah dan tanggungan tuannya ( majikan ) .
  • Keturunan Rasulullah S.A.W ( keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib
  • Orang kafir
  • Orang yang dalam tanggungan penjaganya .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...