| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, July 19, 2011

Kadar Zakat Fitrah di Kedah

Photobucket
Kadar bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Kedah untuk tahun ini ialah sebanyak RM7 sepertimana tahun lalu. Setiausaha Zakat Negeri Kedah, Dato’ Sheikh Ghazali Yaacob berkata, kadar bayaran bagi Zakat Fitrah bergantung kepada harga pasaran.


“Bayaran Zakat Fitrah yang dikenakan pada tahun ini tidak meningkat, hanya RM7 sahaja sepertimana negeri-negeri lain kecuali Terengganu yang agak meningkat sedikit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian beras fidyah kepada imam-iman dalam Daerah Kota Setar untuk diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan di Tapak Letak Kereta Menara Zakat Negeri Kedah, Jalan Telok Wanjah, di sini.

Menurutnya, seramai 554 amil dilantik oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah di setiap masjid di negeri ini untuk mengutip Zakat Fitrah pada tahun ini. “Untuk satu masjid, kita melantik seramai dua amil bagi melaksanakan tanggungjawab itu,” katanya.

Sheikh Ghazali memberitahu, jumlah Zakat Fitrah yang berjaya dikutip sepanjang tahun lalu ialah sebanyak RM5,400,000 manakala pada tahun ini, kita mensasarkan kutipan bagi Zakat Fitrah ialah sebanyak RM8 juta. “Baru-baru ini, Jabatan Zakat Negeri Kedah turut menerima zakat perniagaan daripada Padi Beras Nasional (BERNAS) untuk Negeri Kedah sebanyak RM1,001,000,” tambahnya.

4 comments:

ZORA said...

ayah zora yg bayar zakat..zora tak tau lngsung sal ni...niceentri..:)

Ringgo said...

ok aa tu..

MaMa AiNi said...

Ringgo ...mama hb yg bayarkan !!! he2x..tiap2 negeri serupa kadar bayarannya ek?..

Ringgo said...

mama A.. orang lelaki ja la yg bayarkan ..
tak sama tu..
kadar zakat mengikut nilai beras di negeri masing2 yg di persetujui ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...