| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, July 19, 2011

Kutipan Zakat Negeri Kedah 2011

Photobucket
Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) memperoleh kutipan zakat berjumlah RM47 juta bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.


Setiausaha Jawatankuasa JZNK, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob berkata, kutipan itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM12 juta berbanding tempoh sama tahun lepas.

" Ia sekaligus membuktikan rakyat negeri ini semakin sedar akan kepentingan membayar zakat,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Penyerahan Beras Fidyah kepada 33 masjid di daerah ini di Masjid Teroi hari ini. Beliau berkata, mereka yang paling banyak menyumbang terdiri daripada golongan korporat dan kakitangan kerajaan, manakala petani paling kurang membayar zakat.

Bagi mengatasi masalah itu, Syeikh Ghazali berkata, JZNK sedang giat berkempen di masjid seluruh negeri ini bagi menerangkan dengan lebih terperinci kewajipan membayar zakat. Tahun lepas, JZNK mengutip zakat berjumlah RM80 juta.

Sumber : Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...