| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Saturday, July 2, 2011

Rahsia Sujud ..

Sujud

" Dan sebahagian daripada malam , maka bangunlah SUJUD kepadaNya dengan menyucikanNya di
sepanjang malam
". ( Al-Insan :  26 )


Kadangkala  mungkin  kita akan merasa kurang selesa sekiranya imam sujud terlalu lama, tetapi tahukah kita bahawa  disana ada rahsia 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan. 

Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk : 

1)   Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat. 
2)   Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan  menjauhi larangannya. 

Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal.

Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T iaitu dengan mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu  perubatan,  kesan sujud yang lama akan menambahkan  kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine , menyegarkan otak serta menajamkan  akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita . Menurut DR. MOHD OSMAN NASIR , hikmah sujud antara lain ialah: 

1)   Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing). 
2)   Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 
3)   Bernafas ketika sujud akan : 
  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 
  • Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed  uterus  / fallenbandwomb) 
  • Melegakan sakit hernia.   
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
  • Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung) 
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN (limpa) 
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian PELVIS 
  • Memberi dorongan untuk mudah tidur.
  • Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
  • Gerakan otot-otot itu menjadikannya  (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
  • Bagi wanita, gerakan otot  itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan (obesity).
  • Gerakan bahagian otot  memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta  terhindar dari sakit  bergelombang perut convulsions). 
  • Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
  • Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri  di  hadapan  Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE  OF  BLOOD VESSELS DAN ARTERIOSECLEROSIS OF CEREBRUM
  • Kesan sujud seperti  yang diakui fahaman agama lain umpama SIKH di PUNJAB , BUDDHA mengamalkan YOGA yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam.   

Wallahua'lam ..

4 comments:

Pojiekyra said...

kelebihan dalam solat banyak..setiap rukuk, sujud..sumew y kita lakukan

Ringgo said...

tul tu PK .. setiap langkah & aturan dalam solat tu ada hikmah dan kelebihannya dari segi rohani dan jasmani kita dan dah terbukti dari segi sains pulak..

tapi masih ramai yang mengabaikan & meninggalkanya ..

Khairil said...

banyak rahsia dan hikmahnya di dalam rukun2 solat...Subhanallah...

Ringgo said...

tul tu bro .. cuma kita ja yg tak mencari rahsia2 tu ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...