| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, July 4, 2011

SURAH AL-IKHLAS

Photobucket

Antara sebab turunnya surah Al Ikhlas ialah ketika Rasulullah SAW. sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah. Dalam perjalanan itu baginda telah diekori oleh seorang musyrik dengan kudanya. Pada saat itu turunlah Jibril memberitakan kepada Rasulullah dengan berkata, " Wahai Muhammad! Suraghoh sedang mengejar kamu dari belakang tetapi Allah telah memerintahkan bumi agar patuh kepada kamu."

Setelah Suraghoh sampai kepada Rasulullah dengan pedangnya yang terhunus beliau terus menyerang baginda. Dengan pertolongan Allah , Suraghoh bersama dengan kudanya tiba-tiba terbenam ke dalam bumi sehingga tidak dapat bergerak lagi. Suraghoh lalu menjerit meminta tolong dari Rasulullah SAW.

Kerana terlalu kasihan Rasulullah pun berpatah balik untuk menyelamatkan musyrik ini. Setelah selamat naik ke atas Suraghoh terus bertanya tentang Tuhan Muhammad , katanya, " Adakah Tuhan kamu itu terdiri dari emas atau perak?" Rasulullah menundukkan kepalanya buat seketika, kemudian turunlah Jibril memberikan wahyu dengan katanya, " Wahai Muhammad! katakan 'Qul Huwallah Hu Ahad .......hingga ke ayat terakhirnya.

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri : Seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah SAW berkata, “ Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!

Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah :  Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “ Wajiblah .” Saya bertanya kepadanya, “ Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “ Syurga ” ( Wajiblah syurga bagi si pembaca itu ).

Sabda-Sabda Rasulullah SAW “ Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an ”( Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai ). Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda :" Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an " “ Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya ”.( Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy )

Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.."( Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras )

Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali , maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah S.W.T , MalaikatNya , Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya , dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada."

Photobucket

" Ketika aku ( Rasulullah SAW ) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka " Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas)

" Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ' Qul Huwallahu Ahad ' itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S. , ' Lam Yalid Walam Yuulad ' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ' Walam Yakullahu Kufwan Ahad ' tertulis pada sayap Israfil a.s."


Photobucket

Tafsirannya :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam , Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama  cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas , kemudian bacalah surah Al-Ikhlas ( iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah… Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah , berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama ( ianya wajib ) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad SAW : ‘ Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia , maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali ( yang sedang kecil pada waktu itu ) tidak tahu apa yang dikatakannya  itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran… Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Siapa membaca surah Fatihah, Al-ikhlas, Al-falaq, dan An-nass setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat , nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini Al-ikhlas, Al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. 
Wallahua'lam..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...