| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Saturday, July 9, 2011

Tumbuhan & Khasiatnya ..

Durian Belanda
Durian Belanda ~ nama sainitifik Annona Muricata L


Merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada amerika tropika dan diperkenalkan ke asia tenggara oleh orang-orang sepanyol. Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantungnya.daunnya berukuran 5.5-18 cm X 2-7 cm. Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar. Buahnya di litupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau dan berukuran 15cm-35cm X 10-15 cm. Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. Daunnya mempunyai bau yang agak busuk dan digunakan oleh masyarakat melayu dan india untuk menghalang gangguan makhluk halus. Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.

Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah. Di Indonesia daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk dan demam. Demah atau tuam(poultice) yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan digunakan untuk menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit. Di Filipina batangnya yang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan. Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka. Di Vietnam pula daunnya digunakan untuk menangani masalah kerungsingan. Walaubagaimanapun penggunaan tumbuhan ini yang banyak mengandungi tannin dan meningkatkan risiko kanser menimbulkan kebimbangan.


Buah Beka
Beka @ Bonglai ~ nama saintifik Oroxylum Indicum

Photobucket
Pucuk Beka

Beka @ Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional. Dikampung-kampung buah Beka @ Bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran sungguhpun rasanya agak pahit sedikit. Masyarakat jawa turut menjadikan bunga Beka @ Bonglai sebagai sayuran. Buah Beka @ Bonglai juga sedap dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu. Bunga Beka @ Bonglai kembang malam dan akan gugur pada keesokan harinya. Kelawar menjadi agen pendebungaan bonglai kerana ia tertarik pada bau yang dihasilkan oleh bunga Beka @ Bonglai.


Photobucket
Kerabu Pucuk Beka

Antara kegunaannya : Akar manis, astringen, pahit, acrid, penyejuk, ekspektoran, pencernaan, mengeluarkan angin dalam badan , hipotemia , diuretik , anti-mikrob , anti-kulat , anti-radang & tonik , perut kembung & cirit-birit .

Batang kulit kayu yang ditumbuk ditempekkan untuk mengubati kudis dan untuk merawat artritis. Air rebusan daun diberikan dalam merawat sakit perut, ulser, sakit sakit sendi dan limpa yang bengkak.

Buah-buah yang matang berguna dalam merawat batuk, bronkitis, buasir, sakit kuning , pencernaan yg terganggu, cacar, kolik, leucoderma, pharngodymia, gangguan jantung, gastropathy, buasir dan taun.

Biji benih hasil bukan-pengeringan minyak yang digunakan dalam industri minyak wangi. Air rebusan akar biasanya digunakan untuk merawat artritis. Digunakan secara luaran sebagai tempekan dari kulit akarnya yang ditumbuk , ia akan mengeringkan dan menggalakkan penyembuhan luka.


Photobucket

Serai ~  Cymbopogon citratus

Kegunaan untuk masakan. Daunnya dipercayai boleh meredakan sakit dan ketegangan kepala ~ tumbuk lumat pupuk ke dahi. Air perahan serai berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Minum air rebusan daun dan akar serai untuk mereka yang tidak lawas membuang air besar. Malah ia mencegah perut drp kembung. Pati akarnya boleh digunakan pewangi, untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.


Photobucket

Ati-Ati ~ nama saintifik Coleus Blumei ~ family Labiatae

Pokok ati-ati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu & hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

Daun ati-ati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun dan di campur dgn air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. selain itu campuran daun hati-hai, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim. Untuk asma pula (terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas (upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur. Daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum. 

Tumbuh-tumbuhan yang ada hanya di persekitaran kita yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan .. sesak2 tu buleh juga kita guna 

8 comments:

mama aini said...

kita seharusnya bersyukur kerana banyak tumbuhan2 yg ada disekeliling kita yg bolih digunakan sebagai ubat sampingan selain dr ubat2 doktor..

Ringgo said...

tul tu mama A .. yang ni drug FREE ..

org muo said...

di kampung dulu-dulu banyak buah ni tapi org kg x heran pun sbb kurang info ttg khasiat buah ni.. skg ni dah dikomersialkan.. cucu cicit anak2 org kg plk yg memakannya & buat jus

Ringgo said...

dulu2 kami makan sampai sakit perut hahaha ..
sbb dulu buah ni banyak dan free

Anonymous said...

… Unbelievable , but I just found software which can do all hard work promoting your ringgoredz.blogspot.com website on complete autopilot - building backlinks and getting your website on top of Google and other search engines 1st pages, so your site finally can get laser targeted qualified traffic, and so you can get lot more visitors for your website.

YEP, that’s right, there’s this little known website which shows you how to get to the top 10 of Google and other search engines guaranteed.

I used it and in just 7 days… got floods of traffic to my site...

…Well check out the incredible results for yourself -
http://magic-traffic-software.com

I’m not trying to be rude here, but I believe when you find something that finally works you should share it…

…so that’s what I’m doing today, sharing it with you:

http://magic-traffic-software.com

Take care - your friend Jennifer

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your ringgoredz.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

Anonymous said...

hiya and welcome ringgoredz.blogspot.com blogger found your website via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your site http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com

Nur haura afeeya said...

Radang Paru-paru Copd.

Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...