| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Monday, June 13, 2011

Ikan & Nelayan & Minyak ..

Photobucket

buat masa la ni ikan temenong @ Kembung sekelo pun dah harga RM6.00 - RM9.00 ni depa pakat mogok 1Malaysia ni .. tambah melambung la plak harga ikan lepaih ni .. sebelum² ni bila harga tu dah naik tu .. sahih tak turun² dah ..



Nelayan Mogok
Nelayan mogok di Kuala Perlis

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.

Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.

Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini. Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini.

Sumber :  Kosmo!

2 comments:

mama aini said...

kerajaan bagi subsidi..dia org salah gunakan !!!..nak dpt untung cepat..jual diesel yg disubsidi !!..lepas tu nak salahkan kerajaan..he 2x.. bukan semua yg buat mcm ni..

Ringgo said...

tu salah juga tu jual disel subsidi ..
tapi bila kos depa meningkat .. meningkat juga la kos makan ikan kita ni ..
ayam sekelo RM 7.50 , ikan sekelo RM 9.00 ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...