| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Wednesday, June 8, 2011

Hadiah RM 16,300 untuk Blogger !!!

SelangorIdamanku RM16K

Satu Pengiktirafan dari kerajaan Negeri Selangor , kepada Blogger apa tunggu lagi hadiah lumayan tu .!!


SHAH ALAM, 7 Jun: Kerajaan Negeri Selangor terus mempelbagaikan promosi konsep negeri itu yang terkenal dengan Negeri Idaman; Maju, Sejahtera dan Berkebajikan, kali ini dengan menganjurkan Pertandingan Blog Kreatif yang menawarkan hadiah lumayan.

Dengan kerjasama penuh Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor ( Unisel ), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Hajah Halimah Ali melancarkan pertandingan itu petang tadi.

Hadiah lumayan yang ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah iringan yang lain.

Dr Halimah berkata, dengan adanya pertandingan yang terbuka kepada tiga kategori pelajar sekolah, penuntut institut pendidikan tinggi dan umum, diharapkan dapat mencapai banyak manfaat berkaitan dengannya.

Maklumat lanjut pertandingan boleh didapati di www.selangoridamanku.com

4 comments:

Unknown said...

try cuba test join tengok?..mana nak tahu boleh menang....

Isteri Encek Bard said...

WAH BEST NIE

Ringgo said...

Income raye untuk blogger ni ..

Wan_hazel said...

ringgo..tengs taw info nie..wan dah join dah..law free vote lah wan..ehehhe..ringgo tak join gak ke??

http://selangoridamanku.com/votes?cat=2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...