| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, June 7, 2011

Akhlak Mulia ..

Photobucket

Al-Quran dan Al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Quran ke dalam realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang beriman, secara terperinci.

Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu ". ( Al-Hujuraat : 10 )


Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam ". ( Riwayat Ahmad )

Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat Islam adalah komponen yang membentuk iman . Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya ". ( Riwayat Ahmad )

Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya. " ( Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)

Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mukmin sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasulullah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah. " ( Riwayat At-Tirmizi )

lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan dan pertemuan. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"...Sebarkanlah salam di kalangan kamu ".( Riwayat Muslim )

Seterusnya, Rasulullah S.A.W. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.

Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman.

Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan dalam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan perilakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : " Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi ". (Al-Nisaa' : 148 )

Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mukmin hendaklah disembunyikan. Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili dimahkamah dan dihukum jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam , Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat ". ( Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud )

Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Memandai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang didengarnya ". ( Riwayat Muslim )

Mengenai budaya suka mengecam, mengherdik dan melaknat, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat ". ( Riwayat Bukhari dan Ahmad )

Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya. " ( Riwayat At-Tirmizi )

Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah S.W.T. setelah dibicarakan dan disabitkan kesalahannya . Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : " Agama itu ialah nasihat ". Ada yang berkata " untuk siapa ya Rasulullah . Sabdanya " untuk Allah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka ". ( Riwayat Bukhari )

** semoga kita mendapat panduan yang berguna dalam hidup bermasyarakat bersama saudara² kita . Islam itu indah dan Islam adalah agama yang lengkap dengan panduan untuk menjaga umatnya sepanjang zaman selagi kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah .

2 comments:

MaMa AiNi said...

betul ringgo..semuga kasih sayang dan persahabatan sesama umat islam akan berkekalan selamanya seperti saudara mara sendiri..

Ringgo said...

InsyaAllah bila kita menghayati & mengikuti landasan Islam .. yang jadi macam² tu sbb ikut pale otak seniri je ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...