| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, June 14, 2011

Pilihan Raya Masjid Di Pulau Pinang ..

Sepatutnya macam tu la kita buat dari dulu lagi , kenapa nak pilih pemimpin negara buleh guna pilihanraya , nak pilih Imam Masjid tak buleh plak .. hanya Imam yang dipilih Kerajaan sahaja buleh jadi Imam .. tu yang jadi kat kampung aku .. Imam yang dipilih kerajaan dok umah ja .. tinggal la masjid kat situ tunggu sesapa yang bleh jadi Imam .. sepatutnya anak qariah situ yang pilih calon yang sesuai untuk jadi Imam di Masjid kampung depa .. ini tidak tetiba ja orang tu jadi Imam Masjid walaupun jarang pi solat kat Masjid .. Elaun tiap² bulan dapat ..

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tetap akan meneruskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya dan mempertahankan tindakan itu mengikut undang-undang.



Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata, Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang).

"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata, "Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri." Katanya tatacara baru itu memberikan hak kepada anggota kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada MAIPP sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya cara menentukan anggota kariah yang layak mengundi, beliau berkata, jawatankuasa kariah sedia ada yang akan memutuskan mereka yang layak mengundi.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan satu pangkalan data mengenai maklumat kariah selepas selesai pemilihan itu. Katanya selepas tarikh pencalonan ditutup Selasa lalu, sebanyak 193 daripada 200 masjid telah menghantar senarai pencalonan masing-masing.

"Ini membuktikan bahawa majoriti kariah menerima pakai tatacara pemilihan yang diperkenalkan MAIPP. Malah terdapat masjid yang mengadakan kompromi di kalangan anak-anak kariah masing-masing untuk mengelakkan berlakunya pertandingan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, UMNO negeri telah menghantar surat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, supaya membatalkan pilihan raya itu.

"Saya berharap Yang di-pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dapat menghalang perkara yang boleh memecah-belahkan orang Islam," katanya pada sidang akhbar.

Beliau juga mempersoalkan adakah kaedah yang sama akan digunakan untuk memilih jawatankuasa untuk kuil, gereja dan tokong. "Perkara ini perlu ditelitikan secara mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ini membabitkan hal ehwal agama," katanya.- Bernama

Sumber :  SinarHarian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...