| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Wednesday, June 29, 2011

Wuduk yang sempurna ?

Wuduk

“Seumur hidup kita, pernahkah kita bermudah-mudah, bersikap sambil lewa atau tergesa-gesa ketika berwuduk, walaupun sekali? Adakah waktu itu kita merasakan wuduk itu tidak sepenting solat? Walaupun diketahui umum, wuduk yang tidak sempurna akan merosakkan solat itu sendiri, tetapi tanpa disedari, kadangkala berlaku juga situasi sedemikian. Wuduk adalah muqadimah kepada solat. 


Firman Allah S.W.T :
" Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang ( padahal kamu berhadas kecil ), maka ( berwuduklah ) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. “ - (Surah Al-Maa’idah: 6)

Sebab itu Sayidina Abu Bakar atau Sayidina Umar kelihatan pucat mukanya atau menggiggil ketika mengambil wuduk lagi, kerana mereka sedar sebentar lagi mereka akan menghadap Allah SWT , Tuhan sekalian alam. Rukun Wuduk . Wuduk jadi sempurna , kerana sempurna rukunnya . 

Rukun wuduk ada enam perkara.
  1. Niat (sunat atau wajib)
  2. Membasuh muka. Kawasan muka – panjangnya ialah daripada tempat tumbuh anak rambut hingga ke bawah dagu dan lebarnya ialah daripada anak cuping telinga kiri hingga anak cuping telinga kanan. 
  3. Membasuh tangan hingga ke siku.
  4. Menyapu kepala, memadai menyapu sedikit kepala atau tepi, tetapi tidak memadai pada rambut panjang yang melebihi had kepala.
  5. Membasuh dua kaki hingga ke buku lali.
  6. Tertib. Tidak boleh didahulukan tangan daripada kepala atau kaki daripada tangan.

Makruh Semasa Wuduk
  1. Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian
  2. Berwuduk dalam tandas
  3. Bercakap-cakap semasa mengambil wuduk
  4. Menggunakan air musyammas
  5. Menggunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk
  6. Memulakan membasuh anggota wuduk dengan anggota kiri
  7. Meninggalkan sunat wuduk seperti meninggalkan dari membaca Bismillah pada permulaan wuduk.

Sunat Wuduk 
Sunat-sunat wuduk ada 18 perkara :
  1. Membaca Bismillah di awal wuduk
  2. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan sewaktu awal wuduk
  3. Menggosok gigi
  4. Berkumur-kumur dengan air
  5. Menyedut air ke dalam hidung menggunakan tangan kanan dan menghembuskannya ke tangan kiri
  6. Meratakan air ke dalam janggut (bagi lelaki yang berjanggut tebal)
  7. Menggosok-gosok air di celah-celah jari tangan dan kaki
  8. Menyapu seluruh rambut di atas kepala atau semua bahagian kepala
  9. Menyapu kedua cuping telinga luar dan dalamnya
  10. Mengulang-ulangi membasuh semua anggota wuduk tiga kali setiap anggota
  11. Memulakan dengan mendahulukan membasuh anggota kanan kemudian kiri
  12. Menggosok anggota dengan air menggunakan tangan
  13. Berturut-turut teratur mengikut giliran pada membasuh segala anggota (mualat) yakni dahulukan yang dahulu serta kemudiankan yang kemudian
  14. Membasuh tangan lebih daripada had siku ke atas sedikit dan lebihkan daripada paras buku lali
  15. Menjimatkan penggunaan air ketika berwuduk
  16. Menghadap ke kiblat ketika berwuduk
  17. Membaca doa wuduk sebaik sahaja selesai berwuduk
  18. Solat sunat dua rakaat setelah selesai wuduk.

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah. Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara. Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali. Misalnya:

Sabda Rasullullah SAW : " Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya."  (Hadis Riwayat Muslim(361))

Sabda Rasullullah SAW :  " Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin ( maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50); Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148); Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Doa Lepas Wuduk

2 comments:

Khairil said...

nice info bro mengenai wudhu'...ramai yang mabil cincai-cincai saja..

Ringgo said...

wa pon macam tu gak aa ..
belajaq gak ni ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...