| Selamat Tahun Baru 1435H & 2014M Semoga Hari Yang Mendatang Ini Akan Mendekatkan Kita Kepada Tuhan Sekelian Alam ..

Tuesday, June 21, 2011

Makanan dari Taiwan ada DEHP?

China Town

Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).



Semalam, akhbar melaporkan beberapa produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang's King Tai Chang Food. Co. Ltd., Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn. Bhd. dan Natural Beauty Drink Powder serta Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Lt. yang diimport oleh Billion Synergy Sdn. Bhd.

1. Apakah itu DEHP?
DEHP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut (flexible).
2. Bagaimanakah makanan boleh tercemar dengan DEHP?
DEHP daripada pembungkus makanan plastik boleh berpindah (migrate) ke dalam makanan. DEHP juga boleh hadir dalam persekitaran disebabkan oleh pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan plastik dan secara tidak langsung ia boleh mencemari rantaian makanan manusia. Selain itu, makanan dicemari dengan DEHP kerana ia ditambah ke dalam clouding agent (sejenis aditif makanan) oleh syarikat pengeluar di Taiwan.
3. Apakah kesan pencemaran DEHP dalam makanan pada kesihatan manusia?
DEHP berkemungkinan boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.


Produk Minuman yang disahkan terdapat DEHP :

Photobucket
Nama Produk : Lemon Juice With Pulp
Jenama : Sunkist
Pengeluar : Country House Inc

Photobucket
Nama Produk : Orange Juice With Pulp
Jenama : Sunkist
Pengeluar : Country House Inc


Photobucket
Nama Produk : Orange Juice
Jenama : Sunkist
Pengeluar : Country House Inc


Photobucket
Nama Produk : Best Black Tea
Jenama : C Casa
Pengeluar : Good Young Co. Ltd.


Photobucket
Nama Produk : Oriyen Nutri Grow - Orange Drink Premix ( for Boys )
Jenama : Nutri Grow
Pengeluar : Cosway (M) S/B

Sumber :   http://fsq.moh.gov.my , http://syok.my

5 comments:

Unknown said...

salam..hati tu dgn pencemaran melamin dalam susu...skrg dgn DEHP...kira produk dari Taiwan dan CHina tak boleh di percayai le...

mama aini said...

salam...byk sgt kes makanan yg tercemar dr sana ek Ringgo..lbh baik dpt kan sumber makanan yg fresh spt kat kampung Ringgo tu..dah tentu tau dr mana sumber2nya kan !!..

ellieandcarl'sstories said...

thnx share.. bahaya kot org rmi x tau

Unknown said...

nak makan pun dh x selamat skrg ni..

Ringgo said...

Khai bukan setakat dari taiwan & china ja .. tpt2 lain pon mungkin ada tapi malaysia byk impot dari sna dan harga brg2 dr sana mmg kita tahu memang murah dalam pasaran ..
tul tu mama A.. tapi ada juga yg mcm tu sampai kesini ..
kakLamp .. memang dalam media bukan berita utama ..
heidi kita kena berhati hati ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...